Skip to content
RepealedAs enactedRead it in English

Bahagian V

53. Tanggungan pengarah, dsb

Feedback & support
(1)

Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, tetapi tertakluk kepada subseksyen (2) berhubung dengan suatu syarikat yang sedang digulungkan, jika cukai adalah genap dan kena dibayar, surcaj adalah terakru, atau penalti, fi atau apa-apa wang lain adalah kena dibayar di bawah Akta ini oleh sesuatu syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang lain—

(a)

pengarah syarikat;

(b)

pegawai pematuhan yang dilantik di kalangan rakan kongsi perkongsian liabiliti terhad atau jika tiada pegawai pematuhan dilantik sedemikian, mana-mana rakan kongsi atau semua rakan kongsi;

(c)

rakan kongsi kepada firma; atau

(d)

pegawai atau ahli jawatankuasa pertubuhan atau kumpulan orang lain, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah bersama dengan syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain itu bertanggungan secara bersesama dan berasingan bagi cukai, surcaj, penalti, fi atau apa-apa wang lain itu.

(2)

Berhubung dengan suatu syarikat yang sedang digulungkan, pengarah syarikat itu hendaklah hanya bertanggungan jika aset syarikat itu tidak mencukupi untuk menjelaskan amaun yang terhutang, selepas membayar apa-apa jumlah yang mempunyai keutamaan di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125] berhubung dengan penggunaan aset syarikat itu dalam penggulungan itu berbanding dengan cukai, surcaj, penalti, fi atau apa-apa wang lain itu.

Report

Bahagian VI

Kumpulan Wang bagi Pembayaran Balik Cukai Barang dan Perkhidmatan

Bahagian VII

Bahagian VII.

Bahagian VII

Pelepasan, Pembayaran Balik dan Peremitan

Bahagian VIII

Kes khas

Bahagian IX

Ketetapan Cukai Barang dan Perkhidmatan

Bahagian X

Penguatkuasaan

Bahagian XI

Kesalahan dan Penalti

Bahagian XII

Perbicaraan dan Prosiding

Bahagian XIII

Kajian Semula dan Rayuan

Bahagian XIV

Bahagian XV

Zon Perdagangan Bebas

Bahagian XVI

Bahagian XVII

Pemansuhan dan Kecualian Akta Cukai Jualan 1972

Bahagian XVIII

Pemansuhan dan Kecualian Akta Cukai Perkhidmatan 1975

Bahagian XIX

Schedules