Skip to content

Seksyen 39

Amaun cukai input yang dibenarkan

of Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014

ActRepealedProvision 39 of 65
Seksyen 39
(1)

Amaun cukai input yang baginya mana-mana orang kena cukai berhak untuk mengkreditkan dalam apa-apa tempoh bercukai hendaklah sebanyak mana cukai input bagi tempoh itu yang boleh dibenarkan dan yang munasabah untuk dihubungkaitkan, sebagaimana yang ditetapkan, dengan pembekalan yang berikut yang dibuat atau hendak dibuat oleh orang kena cukai itu dalam perjalanan urusan atau penerusan apa-apa perniagaan di Malaysia:

(a)

apa-apa pembekalan bercukai, termasuk suatu pembekalan bercukai yang tidak diambil kira di bawah Akta ini;

(b)

apa-apa pembekalan yang dibuat di luar Malaysia yang akan menjadi pembekalan bercukai jika dibuat di Malaysia;

atau

(c)

apa-apa pembekalan lain sebagaimana yang ditetapkan.

(2)

Cukai input yang dihubungkaitkan dengan apa-apa pembekalan dikecualikan hendaklah dikira sebagai cukai input yang dihubungkaitkan dengan suatu pembekalan bercukai—

(a)

jika nilai semua pembekalan dikecualikan akan menjadi kurang daripada amaun yang ditetapkan dan kurang daripada perkadaran yang ditetapkan bagi jumlah nilai semua pembekalan itu; atau

(b)

dalam hal keadaan yang ditetapkan yang lain.

Akta 762 Teks 1 BM.indd 59 6/19/14 5:54:33 PM

Undang-Undang Malaysia 60

Akta 762