Skip to content
RepealedAs enactedRead it in English

Bahagian V

41. Pengemukaan penyata dan pembayaran cukai

Feedback & support
(1)

Tiap-tiap orang kena cukai hendaklah, berkenaan dengan tempoh bercukainya, mengakaunkan cukai dalam penyata sebagaimana yang ditetapkan dan penyata itu hendaklah dikemukakan kepada

Ketua Pengarah mengikut cara yang ditetapkan tidak lewat daripada hari terakhir bulan berikutnya selepas berakhirnya tempoh bercukai orang kena cukai itu yang berhubungan dengan penyata itu.

(2)

Jika tempoh bercukai telah diubah di bawah subseksyen 40(5)

dan walau apa pun subseksyen (1), penyata itu hendaklah dikemukakan tidak lewat daripada hari terakhir dalam tempoh tiga puluh hari dari berakhirnya tempoh bercukai yang berubah itu.

(3)

Mana-mana orang yang—

(a)

terhenti daripada bertanggungan untuk berdaftar di bawah seksyen 20; atau

(b)

terhenti untuk berdaftar di bawah seksyen 24, hendaklah, tidak lewat daripada tiga puluh hari selepas terhenti sedemikian atau apa-apa tarikh kemudian sebagaimana yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah, mengemukakan suatu penyata yang mengandungi butir-butir yang ditentukan oleh Ketua Pengarah berkenaan dengan bahagian tempoh bercukai yang terakhir itu yang dalamnya orang itu berdaftar.

(4)

Mana-mana orang kena cukai yang dikehendaki untuk mengemukakan suatu penyata di bawah seksyen ini hendaklah membayar kepada Ketua Pengarah amaun cukai yang genap masa dan kena dibayar olehnya berkenaan dengan tempoh bercukai yang berhubungan dengan penyata itu tidak lewat daripada hari terakhir yang dia dikehendaki untuk mengemukakan penyata itu.

(5)

Penyata yang disebut dalam subseksyen (1), (2) dan (3)

hendaklah dikemukakan sama ada terdapat cukai yang kena dibayar atau tidak.

Akta 762 Teks 1 BM.indd 61 6/19/14 5:54:33 PM

Undang-Undang Malaysia 62

(6)

Mana-mana orang yang gagal mengemukakan penyata sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (1), (2) atau (3)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(7)

Mana-mana orang yang gagal membayar kepada Ketua

Pengarah amaun cukai yang genap masa dan kena dibayar di bawah subseksyen (4) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Report

Bahagian VI

Kumpulan Wang bagi Pembayaran Balik Cukai Barang dan Perkhidmatan

Bahagian VII

Bahagian VII.

Bahagian VII

Pelepasan, Pembayaran Balik dan Peremitan

Bahagian VIII

Kes khas

Bahagian IX

Ketetapan Cukai Barang dan Perkhidmatan

Bahagian X

Penguatkuasaan

Bahagian XI

Kesalahan dan Penalti

Bahagian XII

Perbicaraan dan Prosiding

Bahagian XIII

Kajian Semula dan Rayuan

Bahagian XIV

Bahagian XV

Zon Perdagangan Bebas

Bahagian XVI

Bahagian XVII

Pemansuhan dan Kecualian Akta Cukai Jualan 1972

Bahagian XVIII

Pemansuhan dan Kecualian Akta Cukai Perkhidmatan 1975

Bahagian XIX

Schedules