Skip to content
RepealedAs enactedRead it in English

Bahagian XI · Kesalahan dan Penalti

89. Penalti bagi pengelakan cukai, fraud

Feedback & support
(1)

Mana-mana orang yang dengan niat untuk mengelak atau membantu mana-mana orang lain untuk mengelak cukai—

(a)

meninggalkan daripada suatu penyata apa-apa maklumat berhubung dengan apa-apa perkara yang menjejaskan amaun cukai yang boleh dikenakan ke atasnya atau orang lain itu;

(b)

membuat apa-apa pernyataan atau catatan palsu dalam mana-mana penyata;

(c)

memberikan apa-apa jawapan palsu sama ada secara bertulis atau selainnya kepada apa-apa soalan yang ditanyakan atau permintaan untuk maklumat yang dibuat mengikut peruntukan Akta ini;

(d)

menyedia atau menyenggarakan atau membenarkan penyediaan atau penyenggaraan apa-apa buku akaun palsu, invois palsu atau rekod palsu yang lain, atau memalsukan atau membenarkan pemalsuan apa-apa buku akaun, invois atau rekod; atau

(e)

membuat, menggunakan atau membenarkan penggunaan apa-apa fraud, tipu daya atau helah,

Cukai Barang dan Perkhidmatan 113

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—

(a)

bagi kesalahan pertama, didenda tidak kurang daripada sepuluh kali ganda dan tidak lebih daripada dua puluh kali ganda amaun cukai atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya; dan

(b)

bagi kesalahan kedua atau kesalahan yang berikutnya, didenda tidak kurang daripada dua puluh kali ganda dan tidak lebih daripada empat puluh kali ganda amaun cukai atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya:

Dengan syarat bahawa jika amaun cukai tidak boleh ditentukan, orang itu boleh didenda tidak kurang daripada lima puluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.

(2)

Mana-mana orang yang membantu dalam, atau menasihati berkenaan dengan, penyediaan apa-apa penyata jika penyata itu mengakibatkan suatu pengurangnyataan terhadap tanggungan cukai orang lain hendaklah, melainkan jika orang itu memuaskan hati mahkamah bahawa bantuan atau nasihat itu telah diberikan dengan penelitian yang munasabah, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada dua ribu ringgit dan tidak lebih daripada dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(3)

Apa-apa sebutan dalam seksyen ini berhubung dengan seseorang yang membuat, menggunakan atau membenarkan penggunaan apa-apa fraud, tipu daya atau helah termasuklah sebutan mengenai seseorang yang, tanpa kuasa pegawai cukai barang dan perkhidmatan—

(a)

memusnahkan, merosakkan, memadamkan, meminda atau memanipulasi data yang disimpan di dalam, atau yang digunakan berkaitan dengan, suatu komputer; atau

(b)

memasukkan ke dalam, atau merekodkan atau menyimpan di dalam, suatu komputer dengan apa-apa cara data bagi maksud—

(i)

memusnahkan, merosakkan, memadamkan, memindakan atau memanipulasi data yang tersimpan

Undang-Undang Malaysia 114

di dalam, atau digunakan berkaitan dengan, suatu komputer; atau

(ii)

mengusik, mengganggu, atau menghalang penggunaan secara sah komputer itu, atau data yang disimpan di dalamnya, atau digunakan berkaitan dengan, suatu komputer; atau

(c)

selainnya menggunakan komputer, yang maksud atau kesannya adalah untuk mengelak cukai.

(4)

Bagi maksud subseksyen (3), “data” termasuklah apa-apa program komputer atau bahagian daripada suatu program komputer.

(5)

Apa-apa sebutan dalam seksyen ini yang berhubungan dengan pengelakan cukai termasuklah suatu sebutan untuk memperoleh mana-mana daripada yang berikut:

(a)

kredit bagi cukai input terhadap cukai output di bawah seksyen 38;

(b)

pelepasan bagi hutang lapuk di bawah seksyen 58; dan

(c)

tuntutan di bawah Skim Bayar Balik Pelancong di bawah seksyen 61, jika orang berkenaan itu tidak berhak untuk kredit, pelepasan atau tuntutan itu.

(6)

Dalam apa-apa pendakwaan di bawah seksyen ini atau seksyen 95, apa-apa pengelakan cukai hendaklah disifatkan berada dalam pengetahuan tertuduh melainkan jika dibuktikan sebaliknya oleh tertuduh itu.

Report

Bahagian XII

Perbicaraan dan Prosiding

Bahagian XIII

Kajian Semula dan Rayuan

Bahagian XIV

Bahagian XV

Zon Perdagangan Bebas

Bahagian XVI

Bahagian XVII

Pemansuhan dan Kecualian Akta Cukai Jualan 1972

Bahagian XVIII

Pemansuhan dan Kecualian Akta Cukai Perkhidmatan 1975

Bahagian XIX

Schedules