Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 · As enacted · Bahagian XI · Kesalahan dan Penalti
90. Penalti bagi memperoleh pembayaran balik secara tidak wajar, dsb
Feedback & supportMana-mana orang yang menyebabkan atau cuba untuk menyebabkan pembayaran balik di bawah subseksyen 10(4),
17(6), 18(4), 38(3), 57(1), 61(1), 190(1) atau 190(2) atau kelayakan bagi pelepasan di bawah subseksyen 58(1) kepada
Cukai Barang dan Perkhidmatan 115
mana-mana orang oleh Ketua Pengarah bagi apa-apa amaun yang berlebihan daripada amaun yang sepatutnya boleh dibayar balik atau dilepaskan kepadanya melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya; dan
dikenakan penalti dua kali ganda amaun yang telah dibayar balik atau yang berhak sebagai suatu pelepasan yang berlebihan daripada amaun yang sepatutnya dibayar balik atau yang berhak sebagai suatu pelepasan.