Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 · As enacted · Bahagian XI · Kesalahan dan Penalti
92. Penalti bagi menghalang, dsb., pegawai cukai barang dan perkhidmatan
Feedback & supportMana-mana orang yang—
(a)
dengan apa-apa cara mengamang, menggalang atau menghalang pegawai cukai barang dan perkhidmatan dalam pelaksanaan kewajipannya di bawah Akta ini;
atau
(b)
tidak memberikan kemudahan atau bantuan yang munasabah kepada mana-mana pegawai cukai barang dan perkhidmatan dalam pelaksanaan kewajipannya di bawah Akta ini, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau kedua-duanya.