Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 · As enacted · Bahagian XI · Kesalahan dan Penalti
97. Kesalahan oleh kumpulan orang, dsb
Feedback & supportJika sesuatu syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan, persatuan atau kumpulan orang lain melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini, mana-mana orang yang pada masa pelakuan kesalahan itu ialah seorang pengarah, pegawai pematuhan, rakan kongsi, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya bagi syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan, persatuan atau kumpulan orang lain itu atau yang berupa sebagai bertindak atas sifat itu atau yang dengan apa-apa cara atau sehingga apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal ehwal syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan, persatuan atau kumpulan orang lain itu atau membantu dalam pengurusannya, hendaklah disifatkan sebagai bersalah bagi kesalahan itu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan—
bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan, persetujuan atau pembiarannya; dan
bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan telah menjalankan segala usaha yang sewajarnya untuk mencegah pelakuan kesalahan itu.
Jika mana-mana orang di bawah Akta ini boleh dikenakan apa-apa hukuman, penalti atau pelucuthakan bagi apa-apa perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran, dia boleh dikenakan hukuman, penalti atau pelucuthakan yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu oleh mana-mana pekerja atau ejen, atau pekerja ejen itu, dengan syarat bahawa perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu telah dilakukan oleh—
pekerja itu dalam perjalanan pekerjaannya;
ejen itu apabila bertindak bagi pihak orang itu; atau
Cukai Barang dan Perkhidmatan 119
pekerja ejen itu semasa bertindak dalam penjalanan pekerjaannya dalam apa-apa hal keadaan yang jika perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu telah dilakukan oleh ejen itu, prinsipalnya akan dipertanggungkan di bawah seksyen ini.