Skip to content
RepealedAs enactedRead it in English

Bahagian XI · Kesalahan dan Penalti

91. Penalti bagi kesalahan berhubung dengan barang, invois dan resit

Feedback & support
(1)

Mana-mana orang yang mendapat milikan atau berurusan dengan apa-apa barang, atau menerima pembekalan apa-apa perkhidmatan, yang mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa cukai ke atas pembekalan barang atau perkhidmatan atau bagi pengimportan barang telah atau akan dielakkan, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—

(a)

didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya; dan

(b)

dikenakan penalti dua kali ganda amaun cukai itu.

(2)

Dalam apa-apa pendakwaan di bawah subseksyen (1), apa-apa pengelakan cukai hendaklah disifatkan sebagai berada dalam pengetahuan tertuduh melainkan jika dibuktikan sebaliknya oleh tertuduh itu.

(3)

Mana-mana orang selain orang berdaftar yang mengeluarkan suatu invois atau suatu resit yang menunjukkan suatu amaun sebagai dicukai atau sebagai yang boleh dihubungkaitkan dengan cukai melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—

(a)

didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya; dan

Undang-Undang Malaysia 116

(b)

dikenakan penalti dua kali ganda amaun cukai yang ditunjukkan sedemikian.

Report

Bahagian XII

Perbicaraan dan Prosiding

Bahagian XIII

Kajian Semula dan Rayuan

Bahagian XIV

Bahagian XV

Zon Perdagangan Bebas

Bahagian XVI

Bahagian XVII

Pemansuhan dan Kecualian Akta Cukai Jualan 1972

Bahagian XVIII

Pemansuhan dan Kecualian Akta Cukai Perkhidmatan 1975

Bahagian XIX

Schedules