Skip to content
RepealedAs enactedRead it in English

Bahagian XI · Kesalahan dan Penalti

94. Penalti bagi kesalahan oleh orang yang diberi kuasa dan tidak diberi kuasa

Feedback & support

Mana-mana orang yang—

(a)

merupakan seorang yang dilantik bagi melaksanakan pentadbiran wajar Akta ini atau mana-mana pembantu yang diambil kerja berkaitan dengan taksiran dan pungutan cukai—

(i)

memegang untuk kegunaannya sendiri atau selainnya apa-apa bahagian amaun cukai atau penalti yang telah dipungut itu;

(ii)

selain dengan suci hati, meminta daripada mana-mana orang suatu amaun yang berlebihan daripada taksiran cukai yang dibenarkan;

(iii)

mengemukakan apa-apa penyata, pernyataan atau laporan palsu, sama ada secara bertulis atau selainnya, amaun cukai atau penalti yang dipungut atau diterima olehnya; atau

(iv)

memfraud mana-mana orang, menggelapkan apa-apa wang atau selainnya menggunakan kedudukannya untuk berurusan secara salah sama ada dengan

Ketua Pengarah atau mana-mana individu lain;

atau

(b)

tidak diberi kuasa di bawah Akta ini untuk berbuat sedemikian memungut atau cuba untuk memungut apa-apa cukai di bawah Akta ini, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Report

Bahagian XII

Perbicaraan dan Prosiding

Bahagian XIII

Kajian Semula dan Rayuan

Bahagian XIV

Bahagian XV

Zon Perdagangan Bebas

Bahagian XVI

Bahagian XVII

Pemansuhan dan Kecualian Akta Cukai Jualan 1972

Bahagian XVIII

Pemansuhan dan Kecualian Akta Cukai Perkhidmatan 1975

Bahagian XIX

Schedules