Skip to content
In forceUpdated to 26 May 2026Read it in English

Bahagian IV · Pendaftaran Pembekal dan Kontraktor

14. Pendaftar, timbalan pendaftar dan pegawai pendaftaran

Feedback & support
(1)

Ketua Setiausaha Perbendaharaan hendaklah melantik seorang pegawai awam Perbendaharaan sebagai Pendaftar

Perolehan Kerajaan yang hendaklah melaksanakan kewajipan yang dikenakan dan menjalankan kuasa yang diberikan kepadanya di bawah Akta ini bagi pentadbiran sepatutnya Akta ini.

Undang-Undang Malaysia 28

(2)

Ketua Setiausaha Perbendaharaan hendaklah melantik apa-apa bilangan pegawai awam Perbendaharaan sebagai timbalan pendaftar perolehan Kerajaan dan pegawai pendaftaran sebagaimana yang perlu untuk membantu Pendaftar dalam melaksanakan kewajipan dan menjalankan kuasanya di bawah Akta ini.

(3)

Pelantikan Pendaftar di bawah subseksyen (1) hendaklah disiarkan melalui pemberitahuan dalam Warta.

(4)

Ketua Setiausaha Perbendaharaan boleh memberikan arahan kepada Pendaftar, timbalan pendaftar dan pegawai pendaftaran mengenai perkara yang berhubungan dengan pendaftaran di bawah

Akta ini.

(5)

Ketua Setiausaha Perbendaharaan hendaklah mempunyai kuasa yang sama sebagaimana yang diperuntukkan kepada Pendaftar di bawah Akta ini.

Report

Bahagian V

Penjalanan Perolehan

Bahagian VI

Integriti dan Pelaporan

Bahagian VII

Bahagian VIII

Penyiasatan dan Penguatkuasaan

Bahagian IX

Aduan, Bantahan dan Kajian Semula

Bahagian X

Tribunal Rayuan Perolehan Kerajaan

Bahagian XI

Tindakan Pentadbiran dan Pendakwaan

Bahagian XII

Schedules