Akta Perolehan Kerajaan 2026 · Updated to 26 May 2026 · Bahagian XI · Tindakan Pentadbiran dan Pendakwaan
82. Dokumen dan maklumat palsu
Feedback & support(1)
Tiada seorang pun boleh, dalam penyertaannya dalam suatu perolehan Kerajaan atau apa-apa kehendak di bawah Akta ini, mengemukakan kepada suatu entiti perolehan, Pendaftar atau
Perbendaharaan—
(a)
apa-apa dokumen yang dipalsukan, diubah atau dilancungkan; atau
(b)
apa-apa maklumat yang palsu atau mengelirukan, atau mengandungi peninggalan material.
(2)
Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan.