Skip to content
In forceUpdated to 26 May 2026Read it in English

Bahagian IX · Aduan, Bantahan dan Kajian Semula

61. Pentadbiran aduan, bantahan dan kajian semula

Feedback & support
(1)

Mana-mana orang yang tidak berpuas hati dengan mana-mana perolehan Kerajaan secara am boleh mengemukakan aduan kepada entiti perolehan.

Undang-Undang Malaysia 60

(2)

Mana-mana orang yang tidak berpuas hati dengan mana-mana perolehan Kerajaan yang melebihi suatu nilai ambang kelulusan tertentu yang ditentukan oleh Menteri boleh mengemukakan bantahan kepada entiti perolehan.

(3)

Mana-mana orang yang telah mengemukakan bantahan di bawah subseksyen (2) dan tidak berpuas hati dengan keputusan entiti perolehan boleh mengemukakan keputusan tersebut untuk kajian semula oleh panel kajian semula entiti perolehan itu.

(4)

Keputusan oleh panel kajian semula hendaklah dikemukakan secara bertulis kepada orang yang membuat bantahan itu dalam tempoh yang munasabah.

(5)

Jika orang yang membuat bantahan itu tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat oleh panel kajian semula di bawah subseksyen (4), orang itu boleh, dalam tempoh empat belas hari selepas tarikh keputusan itu, merayu kepada Tribunal Rayuan.

(6)

Bagi maksud seksyen ini, Menteri boleh menetapkan—

(a)

tatacara pentadbiran aduan berkenaan dengan perolehan

Kerajaan secara am;

(b)

tatacara, hal perkara dan syarat bagi bantahan berkenaan dengan perolehan Kerajaan yang melebihi suatu nilai ambang kelulusan tertentu sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri;

(c)

orang yang dikehendaki untuk mentadbir aduan dan bantahan; dan

(d)

fi bagi aduan, bantahan dan kajian semula.

Report

Bahagian X

Tribunal Rayuan Perolehan Kerajaan

Bahagian XI

Tindakan Pentadbiran dan Pendakwaan

Bahagian XII

Schedules