Skip to content
In forceUpdated to 26 May 2026Read it in English

Bahagian VI · Integriti dan Pelaporan

38. Larangan terhadap campur tangan dalam perolehan Kerajaan

Feedback & support
(1)

Tiada seorang pun boleh, secara langsung atau tidak langsung, campur tangan dalam atau, secara intimidasi, pengaruh tidak wajar atau dengan apa-apa cara lain mengganggu, suatu

Undang-Undang Malaysia 44

perolehan aktif yang boleh atau berkemungkinan boleh menjadi bercanggah dengan proses perolehan di bawah Akta ini atau apa-apa arahan, pekeliling atau garis panduan yang dikeluarkan di bawah

Akta ini.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

(3)

Bagi maksud seksyen ini—

(a)

“perolehan aktif” ertinya suatu tempoh dari tarikh kelulusan untuk memulakan perolehan Kerajaan diberikan oleh pegawai pengawal sehingga tarikh surat setuju terima telah ditandatangani oleh pihak-pihak;

(b)

“surat setuju terima” ertinya suatu surat rasmi yang dikeluarkan oleh entiti perolehan yang memaklumkan penyetujuterimaan tanpa syarat oleh Kerajaan ke atas tawaran yang dikemukakan oleh orang berdaftar yang berjaya.

Report

Bahagian VII

Bahagian VIII

Penyiasatan dan Penguatkuasaan

Bahagian IX

Aduan, Bantahan dan Kajian Semula

Bahagian X

Tribunal Rayuan Perolehan Kerajaan

Bahagian XI

Tindakan Pentadbiran dan Pendakwaan

Bahagian XII

Schedules