Seksyen 67
of Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022
Seksyen 67
Semua prosiding di hadapan Tribunal hendaklah dimulakan di Tribunal yang ditubuhkan bagi kawasan yang suri rumah berinsurans menetap di Malaysia pada masa persoalan, pertikaian, tuntutan atau rayuan timbul.
(2)
Pengerusi Tribunal boleh, apabila permohonan yang dibuat oleh pihak-pihak kepada Tribunal, memindahkan apa-apa perkara yang belum selesai di hadapannya di suatu Negeri atau kawasan kepada mana-mana Tribunal lain di Negeri atau kawasan lain dan hendaklah memberikan sebabnya bagi membenarkan atau tidak membenarkan permohonan untuk pemindahan itu.
(3)
Tribunal yang kepadanya apa-apa perkara atau prosiding dipindahkan di bawah subseksyen (2) hendaklah meneruskan untuk memutuskan perkara atau prosiding itu seolah-olah perkara atau prosiding itu telah dimulakan pada asalnya di hadapan Tribunal itu.