Skip to content

Seksyen 71

Faedah tidak dibayar kerana ketidakpatuhan Akta atau peraturan-peraturan

of Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022

ActIn forceProvision 71 of 97
Seksyen 71
(1)

Tribunal tidak boleh mengarahkan pembayaran apa-apa faedah kepada suri rumah berinsurans atau orang tanggungan, mengikut mana-mana yang berkenaan, melainkan jika suri rumah berinsurans atau orang tanggungan itu telah membuat tuntutan bagi faedah itu mengikut Akta ini atau apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), Tribunal boleh mengarahkan pembayaran faedah sekiranya Tribunal berpuas hati bahawa terdapat sebab yang munasabah untuk tidak membuat tuntutan bagi faedah itu dengan mematuhi Akta ini atau apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

Rujukan kepada Mahkamah Tinggi