Skip to content

Seksyen 68

Pemulaan prosiding

of Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022

ActIn forceProvision 68 of 97
Seksyen 68
(1)

Apa-apa prosiding di hadapan

Tribunal hendaklah dimulakan dengan suatu permohonan yang dibuat dalam tempoh tiga tahun dari tarikh kausa tindakan itu timbul.

(2)

Permohonan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah dibuat mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh

Pertubuhan dan disertakan dengan fi.

(3)

Bagi maksud subseksyen (1)—

Keselamatan Sosial Suri Rumah 57

(a)

kausa tindakan berkenaan dengan tuntutan bagi faedah hendaklah disifatkan telah timbul dari tarikh keputusan bertulis daripada Pertubuhan mengenai tuntutan itu diterima oleh orang yang berikut:

(i)

suri rumah berinsurans;

(ii)

berhubung dengan pencen penakat, orang tanggungan suri rumah berinsurans; atau

(iii)

berhubung dengan faedah pengurusan mayat, orang yang menuntut;

(b)

kausa tindakan berkenaan dengan apa-apa tuntutan oleh

Pertubuhan untuk mendapatkan balik faedah daripada suri rumah berinsurans, orang tanggungannya atau mana-mana orang lain hendaklah disifatkan telah timbul dari tarikh keterangan faedah telah dibayar disebabkan oleh kesilapan atau fraud wujud.