Seksyen 45
Ejen
of Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996
Jika sesuatu perbuatan dikehendaki oleh Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini supaya dilakukan oleh atau terhadap mana-mana orang berkaitan dengan sesuatu reka bentuk perindustrian atau apa-apa prosedur yang berhubungan dengannya, perbuatan itu boleh, di bawah dan mengikut Akta ini dan mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini atau dalam hal tertentu dengan keizinan khas Pendaftar, dilakukan oleh atau terhadap seorang ejen orang itu yang diberi kuasa sewajarnya mengikut cara yang ditetapkan.
(2)
Pendaftar tidak terikat untuk mengiktiraf sebagai ejen seseorang yang pernah disabitkan atas kesalahan jenayah yang melibatkan fraud atau kejujuran, atau seorang bankrap yang belum dilepaskan atau telah digugurkan atau selainnya disingkirkan daripada daftar keahlian mana-mana badan profesional atau digantung buat sementara waktu daripada menjalankan amalan oleh mana-mana badan atau jawatankuasa badan profesional itu.
36 Undang-Undang Malaysia AKTA 552