Skip to content

Seksyen 49

Peruntukan pemansuhan dan kecualian

of Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996

ActIn forceProvision 50 of 51
Seksyen 49
(1)

Akta Reka Bentuk United Kingdom (Perlindungan) 1949

[Akta 214], Ordinan Reka Bentuk United Kingdom (Perlindungan)

[Ord. Sabah Cap. 152] bagi Sabah dan Ordinan Reka Bentuk (United

Kingdom) [Ord. Sarawak Cap. 59] bagi Sarawak (yang semuanya disebut “undang-undang termansuh” kemudian daripada ini) adalah dimansuhkan.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1) —

(a)

apa-apa perundangan subsidiari yang dibuat di bawah undang-undang termansuh hendaklah, setakat yang perundangan subsidiari itu tidak bertentangan dengan peruntukan Akta ini, terus berkuat kuasa dan mempunyai kesan seolah-olah ia telah dibuat di bawah Akta ini dan boleh dimansuhkan, diperluas, diubah atau dipinda dengan sewajarnya;

(b)

apa-apa pelantikan yang dibuat di bawah undang-undang termansuh atau perundangan subsidiari yang dibuat di bawah undang-undang termansuh hendaklah terus berkuat kuasa dan mempunyai kesan seolah-olah ia telah dibuat di bawah Akta ini melainkan jika Menteri mengarahkan selainnya;

(c)

apa-apa pendaftaran yang dilindungi di bawah undang-undang termansuh dan berkuat kuasa sebaik sahaja sebelum Akta ini mula berkuat kuasa hendaklah, tertakluk kepada terma, syarat dan tempoh kesahan yang dinyatakan dalam pendaftaran itu, terus berkuat kuasa dan mempunyai kesan yang sama seolah-olah ia telah dilaksanakan di bawah Akta ini, tetapi apa-apa pelanjutan yang dibuat

Reka Bentuk Perindustrian 39

selepas itu hendaklah menurut subseksyen 50(2).