Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2013Read it in English

Bahagian IX · Pelbagai

48. Negara Konvensyen

Feedback & support
(1)

Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta bagi maksud memenuhi sesuatu triti, konvensyen, perkiraan atau perjanjian antara Malaysia dengan suatu negara lain, mengisytiharkan bahawa negara yang dinyatakan dalam perintah itu ialah negara konvensyen bagi maksud Akta ini.

(2)

Jika Menteri, dengan perintah mengisytiharkan bahawa sesuatu permohonan bagi mendapatkan perlindungan berkenaan dengan suatu reka bentuk perindustrian adalah, mengikut terma triti yang wujud antara dua negara konvensyen atau lebih, setara dengan permohonan yang dibuat di salah satu negara konvensyen itu, permohonan yang mula-mula disebut hendaklah, bagi maksud Akta ini, disifatkan telah

38 Undang-Undang Malaysia AKTA 552

dibuat di negara konvensyen itu.

(3)

Jika Menteri, melalui perintah, mengisytiharkan bahawa sesuatu permohonan bagi mendapatkan perlindungan berkenaan dengan suatu reka bentuk perindustrian adalah, mengikut undang-undang suatu negara konvensyen, setara dengan permohonan yang dibuat di negara konvensyen itu, permohonan yang mula-mula disebut hendaklah bagi maksud Akta ini, disifatkan telah dibuat di negara konvensyen itu.

Report