Seksyen 5
Meterai perbadanan
of Akta Lembaga Hasil dalam Negeri Malaysia 1995
Meterai perbadanan Lembaga hendaklah mengandungi apa-apa reka bentuk yang diluluskan oleh Lembaga dan meterai itu boleh, dari semasa ke semasa, dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baharu oleh Lembaga sebagaimana yang difikirkannya patut.
(2)
Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan
Pengerusi dan hendaklah disahkan oleh mana-mana dua anggota yang diberi kuasa secara am atau khusus oleh Lembaga bagi maksud itu atau oleh seorang anggota dan Pengerusi.
(3)
Segala surat ikatan, dokumen, dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai perbadanan dan disahkan mengikut subseksyen (2) hendaklah, sehingga dibuktikan selainnya, disifatkan sebagai telah disempurnakan dengan sah.
(4)
Meterai perbadanan Lembaga hendaklah diiktiraf secara rasmi dan kehakiman.