Akta Lembaga Hasil dalam Negeri Malaysia 1995 · Updated to 15 Jan 2024 · Bahagian II · Penubuhan Lembaga Hasil dalam Negeri
9. Section 9
Feedback & supportMenteri boleh, pada bila-bila masa, tanpa memberikan apa-apa sebab baginya, membatalkan pelantikan—
mana-mana anggota yang dilantik di bawah perenggan 6(1)(d) atau (e);
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 533
seseorang anggota yang dilantik di bawah perenggan 6(1)(da)
selepas berunding dengan
Ketua Menteri Sabah dengan syarat orang lain hendaklah dilantik dengan serta-merta sebagaimana yang dikehendaki di bawah perenggan 6(1)(da) sebagai pengganti anggota yang telah dibatalkan pelantikannya itu; atau
seseorang anggota yang dilantik di bawah perenggan 6(1)(db)
selepas berunding dengan
Premier Sarawak dengan syarat orang lain hendaklah dilantik dengan serta-merta sebagaimana yang dikehendaki di bawah perenggan 6(1)(db) sebagai pengganti anggota yang telah dibatalkan pelantikannya itu.
Mana-mana anggota yang dilantik di bawah perenggan 6(1)(d),
, (db) atau (e) boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan memberikan notis bertulis kepada Menteri.