Skip to content
In forceUpdated to 15 Jan 2024Read it in English

Bahagian II · Penubuhan Lembaga Hasil dalam Negeri

6. Keanggotaan Lembaga

Feedback & support
(1)

Lembaga hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:

(a)

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, yang hendaklah menjadi

Pengerusi;

(b)

Peguam Negara atau wakilnya;

(c)

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau wakilnya;

(ca)

ketua pegawai eksekutif;

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 533

(d)

tidak lebih daripada dua orang lain yang mewakili Kerajaan, yang hendaklah dilantik oleh Menteri;

(da)

seseorang yang mewakili Negeri Sabah yang hendaklah dilantik oleh

Menteri selepas berunding dengan

Ketua Menteri Sabah;

(db)

seseorang yang mewakili Negeri Sarawak yang hendaklah dilantik oleh Menteri selepas berunding dengan Premier

Sarawak; dan

(e)

tidak lebih daripada tiga orang lain yang hendaklah dilantik oleh Menteri.

(2)

Anggota yang dilantik di bawah perenggan (1)(da), (db) dan (e) hendaklah daripada kalangan orang yang berkedudukan dan berpengalaman dalam perkara kewangan, komersial, percukaian atau undang-undang.

(3)

(Dipotong oleh Akta A997).

(4)

Sekiranya Pengerusi tidak hadir atau tidak boleh bertindak disebabkan sakit atau sebab lain, Menteri hendaklah melantik mana-mana anggota Lembaga untuk menjadi Pengerusi sementara.

(5)

Peruntukan Jadual Pertama hendaklah terpakai bagi Lembaga.

Report

Bahagian III

Fungsi dan Kuasa Lembaga

Bahagian IV

Peruntukan yang Berhubungan Dengan Pekerja

Bahagian V

Peruntukan Kewangan

Bahagian VI

Schedules