Skip to content
In forceUpdated to 15 Jan 2024Read it in English

Bahagian II · Penubuhan Lembaga Hasil dalam Negeri

6A. Ketua pegawai eksekutif

Feedback & support
(1)

Menteri hendaklah, atas syor Lembaga, melantik seorang ketua pegawai eksekutif yang hendaklah bertanggungjawab bagi pentadbiran harian Lembaga.

(1A)

Lembaga hendaklah, selepas berunding dengan ketua pegawai eksekutif, melantik dua atau lebih timbalan ketua pegawai eksekutif.

(2)

Pelantikan ketua pegawai eksekutif dan timbalan ketua pegawai eksekutif hendaklah diberitahu dalam Warta.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 13

(3)

Sekiranya ketua pegawai eksekutif buat sementara waktu tidak berdaya melaksanakan tugasnya disebabkan dia sakit atau apa-apa sebab lain, Menteri hendaklah, atas syor Lembaga, melantik seorang daripada timbalan ketua pegawai eksekutif untuk bertindak bagi menggantikan ketua pegawai eksekutif dalam tempoh ketidakupayaan itu.

Report

Bahagian III

Fungsi dan Kuasa Lembaga

Bahagian IV

Peruntukan yang Berhubungan Dengan Pekerja

Bahagian V

Peruntukan Kewangan

Bahagian VI

Schedules