Interest Schemes Act 2016 · Updated to 1 Mar 2018 · Bahagian VI · Penguatkuasaan Akta
71. Kuasa Pendaftar untuk campur tangan
Feedback & supportWalau apa pun apa-apa jua dalam Akta ini, Pendaftar hendaklah mempunyai kuasa untuk campur tangan dalam pengurusan skim apabila dia berpuas hati bahawa—
skim itu tidak dapat untuk memenuhi obligasinya apabila perlu dipenuhi;
pengendalian, pengurusan atau pentadbiran skim tidak dijalankan mengikut surat ikatan amanah, surat ikatan amanah tambahan, perjanjian kontraktual atau perjanjian kontraktual tambahan; atau
terma dan syarat bagi kebenaran suatu skim yang dikenakan oleh Pendaftar tidak dipatuhi.
Pada menjalankan kuasa di bawah subseksyen (1), Pendaftar boleh membuat satu atau lebih yang berikut:
84 Undang-Undang Malaysia AKTA 778
memerintahkan syarikat pengurusan untuk menghentikan pengeluaran atau penawaran kepentingan kepada orang awam sehingga notis selanjutnya;
menghendaki juruaudit skim untuk menjalankan audit ke atas skim itu dan mengemukakan laporannya dalam masa yang dinyatakan oleh Pendaftar;
memerintahkan syarikat pengurusan untuk menggulung skim; atau
memberikan apa-apa arahan lain yang perlu bagi melindungi kepentingan pemegang kepentingan.