Skip to content

Seksyen 74

Perlindungan kepada pegawai tertentu yang membuat penzahiran

of Akta Skim Kepentingan 2016

ActIn forceProvision 74 of 92
Seksyen 74
(1)

Jika seseorang pegawai syarikat pengurusan dalam melaksanakan tugasnya mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa—

(a)

apa-apa perkara yang boleh atau akan menjadi pelanggaran atau ketidakpatuhan peruntukan Akta ini atau perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini;

atau

(b)

suatu kesalahan serius yang melibatkan fraud atau kecurangan, telah, sedang atau berkemungkinan untuk dilakukan terhadap Akta ini atau syarikat pengurusan atau oleh pegawai lain syarikat pengurusan, pegawai itu boleh melaporkan perkara itu secara bertulis kepada

Pendaftar.

(2)

Syarikat pengurusan tidak boleh memecat, menurunkan pangkat, mendiskriminasi terhadap, atau mengganggu pekerjaan sah atau kehidupan mana-mana pegawai oleh sebab laporan yang dikemukakan olehnya di bawah subseksyen (1).

(3)

Tiada pegawai syarikat pengurusan bertanggungan untuk dibawa guaman dalam mana-mana Mahkamah atau tertakluk kepada proses mana-mana tribunal, termasuklah tindakan disiplin bagi apa-apa laporan yang dikemukakan olehnya di bawah subseksyen (1) jika laporan itu dikemukakan dengan suci hati.