Seksyen 73
Kuasa untuk mengecualikan daripada mematuhi Akta
Menteri boleh, melalui notis yang disiarkan dalam Warta, mengecualikan mana-mana syarikat atau kelas syarikat atau mana-mana orang atau kelas orang daripada mematuhi semua atau mana-mana peruntukan Akta ini berhubung dengan apa-apa kepentingan atau kelas kepentingan yang dinyatakan dalam notis itu.
(2)
Notis dalam subseksyen (1) boleh memperuntukkan bahawa pengecualian boleh tertakluk kepada terma dan syarat yang dinyatakan dalam notis.
86 Undang-Undang Malaysia AKTA 778
(3)
Syarikat dan tiap-tiap pegawai yang melanggar mana-mana terma atau syarat yang dinyatakan dalam notis pengecualian melakukan suatu kesalahan.