Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English
Contents

Bahagian II · Lembaga

16. Minit

(1)

Lembaga atau sesuatu jawatankuasa hendaklah menyebabkan minit semua mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya.

(2)

Apa-apa minit yang dibuat mengenai mesyuarat Lembaga atau sesuatu jawatankuasa, jika ditandatangani sewajarnya, hendaklah, dalam mana-mana prosiding undang-undang, boleh diterima sebagai keterangan prima facie mengenai fakta yang dinyatakan dalamnya dan tiap-tiap mesyuarat Lembaga atau sesuatu jawatankuasa

Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan 21

berkenaan dengan prosiding yang mengenainya minit telah dibuat sedemikian hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan sewajarnya dan semua anggota pada mesyuarat itu adalah layak sewajarnya untuk bertindak.

Report

Bahagian III

Kewangan

Schedules