Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English
Contents

Bahagian II · Lembaga

3. Lembaga dan objektifnya

(1)

Suatu pertubuhan perbadanan bernama

“Lembaga

Perkhidmatan Kewangan Labuan” ditubuhkan yang kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan, yang boleh membawa guaman dan dibawa guaman atas namanya dan, tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, boleh membuat kontrak dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih dan boleh memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadai janji, mendemis, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik atau dengan apa-apa cara lain melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan mengenainya yang terletak hak pada Lembaga, atas apa-apa terma yang difikirkannya patut.

(2)

Objektif Lembaga adalah—

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 545

(a)

untuk memajukan dan membangunkan Labuan sebagai suatu pusat antarabangsa bagi perniagaan dan perkhidmatan kewangan;

(b)

untuk memajukan objektif, dasar dan keutamaan Negara bagi pembangunan dan pentadbiran yang teratur akan perniagaan antarabangsa dan perkhidmatan kewangan di

Labuan; dan

(c)

untuk bertindak sebagai pihak berkuasa pengawalseliaan, penyeliaan dan penguatkuasaan pusat bagi industri perniagaan antarabangsa dan perkhidmatan kewangan di

Labuan.

Report

Bahagian III

Kewangan

Schedules