Labuan Financial Services Authority Act 1996 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian II · Lembaga
20. Jawatankuasa tatatertib
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Lembaga hendaklah mempunyai kuasa tatatertib ke atas semua pegawai dan pekhidmatnya dan hendaklah menjalankan kawalan tatatertib berkenaan dengan semua orang sedemikian mengikut Akta ini dan mana-mana peraturan yang di buat di bawah seksyen 22.
Bagi maksud seksyen ini—
hendaklah ditubuhkan suatu jawatankuasa tatatertib
Lembaga berkenaan dengan Ketua Pengarah yang terdiri daripada—
Pengerusi
Lembaga, yang hendaklah menjadi pengerusi jawatankuasa itu; dan 26 Undang-Undang Malaysia AKTA 545
sekurang-kurangnya dua anggota Lembaga, tidak termasuk Ketua Pengarah yang ditentukan daripada kalangan anggota itu sendiri; dan
Lembaga boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, menubuhkan jawatankuasa tatatertib yang berlainan bagi kategori berlainan pegawai atau pekhidmat Lembaga.
Yang berikut hendaklah terpakai bagi mana-mana jawatankuasa tatatertib yang ditubuhkan menurut perenggan (2)(b):
jawatankuasa itu hendaklah terdiri daripada apa-apa bilangan anggota Lembaga, selain daripada Pengerusi
Lembaga, atau Pegawai Lembaga, atau apa-apa kombinasi anggota dan pegawai itu; dan
seseorang pegawai yang menjadi anggota sesuatu jawatankuasa tatatertib tidak boleh lebih rendah pangkatnya daripada mana-mana pegawai atau pekhidmat yang ke atasnya jawatankuasa yang dia menjadi anggota mempunyai kuasa tatatertib.
Jawatankuasa yang ditubuhkan menurut perenggan (2)(b)
hendaklah menjalankan kuasanya dalam segala perkara yang berhubungan dengan tatatertib pegawai dan pekhidmat yang diletakkan di bawah bidang kuasanya.
Pada menjalankan fungsi dan kuasa tatatertibnya, sesuatu jawatankuasa tatatertib yang disebut dalam subseksyen (2) hendaklah mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan tatatertib dan mengenakan apa-apa hukuman tatatertib atau apa-apa kombinasi dua hukuman tatatertib atau lebih sebagaimana yang diperuntukkan di bawah mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen 22.
Bahagian III