Labuan Financial Services Authority Act 1996 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian II · Lembaga
22. Kuasa membuat peraturan-peraturan tatatertib
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat apa-apa peraturan yang difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk mengadakan peruntukan bagi tatatertib pegawai dan pekhidmat
Lembaga.
Peraturan-peraturan tatatertib yang dibuat di bawah seksyen ini—
boleh mewujudkan kesalahan tatatertib;
boleh mengadakan peruntukan bagi hukuman tatatertib yang difikirkan sesuai oleh Lembaga, dan hukuman itu boleh
28 Undang-Undang Malaysia AKTA 545
meliputi amaran, denda, perlucuthakan emolumen, penangguhan pergerakan gaji, pengurangan gaji, penurunan pangkat dan buang kerja;
hendaklah memberikan kepada orang yang terhadapnya prosiding tatatertib itu diambil peluang membuat representasi terhadap pertuduhan tatatertib yang dibuat terhadapnya sebelum keputusan dicapai oleh jawatankuasa tatatertib kecuali dalam hal yang berikut:
jika seseorang pegawai atau pekhidmat Lembaga dibuang kerja atau diturunkan pangkat atas alasan kelakuan yang berkenaan dengannya suatu pertuduhan jenayah telah dibuktikan terhadapnya;
jika
Lembaga, atas syor
Menteri yang dipertanggungkan dengan hal ehwal dalam negeri, berpuas hati bahawa demi kepentingan keselamatan
Persekutuan atau mana-mana bahagiannya adalah tidak suai manfaat untuk menjalankan kehendak perenggan ini; atau jika telah dibuat terhadap seseorang pegawai atau pekhidmat
Lembaga apa-apa perintah tahanan, pengawasan, kediaman terhad, buang negeri atau pengusiran, atau jika telah dikenakan terhadap pegawai atau pekhidmat Lembaga apa-apa bentuk sekatan atau pengawasan dengan bon atau selainnya di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, pencegahan jenayah, tahanan pencegahan, kediaman terhad, buang negeri, imigresen, atau perlindungan wanita dan gadis;
boleh mengadakan peruntukan bagi penahanan kerja dengan pengurangan emolumen pegawai atau pekhidmat Lembaga sementara menanti selesainya prosiding jenayah terhadapnya atau prosiding tatatertib terhadapnya dengan tujuan membuang kerja atau menurunkan pangkatnya; dan
boleh mengadakan peruntukan bagi penggantungan tanpa emolumen seseorang pegawai atau pekhidmat Lembaga jika
Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan 29
pegawai atau pekhidmat itu telah disabitkan oleh mana-mana mahkamah jenayah atau jika suatu perintah tahanan atau sekatan telah dibuat berkenaan dengan atau dikenakan terhadap pegawai atau pekhidmat itu.
Bahagian III