Labuan Financial Services Authority Act 1996 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian II · Lembaga
Labuan Financial Services Authority Act 1996 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian II · Lembaga
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Jawatan seseorang anggota Lembaga hendaklah menjadi kosong—
jika dia mati;
jika dia telah disabitkan atas apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang;
jika dia menjadi bankrap;
jika dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan kewajipannya; atau
jika dia tidak menghadiri mesyuarat Lembaga tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi atau dalam hal
Pengerusi, tanpa kebenaran Menteri.
Bahagian III