Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English
Contents

Bahagian II · Lembaga

18A. Penubuhan tabung kebajikan kakitangan

(1)

Lembaga boleh, dengan kelulusan bertulis Menteri, dengan menggunakan wang Lembaga, menubuhkan dan menyenggara suatu akaun amanah yang dikenali sebagai “Tabung Kebajikan Kakitangan

Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan” bagi faedah pegawai dan pekerjanya termasuk tanggungan mereka.

(2)

Tabung

Kebajikan

Kakitangan

Lembaga

Perkhidmatan

Kewangan Labuan hendaklah digunakan bagi maksud yang sesuai dengan kebajikan pegawai dan pekerja Lembaga, termasuk tanggungan mereka, sebagaimana yang dari semasa ke semasa diperuntukkan dalam arahan amanah yang dikeluarkan oleh Lembaga dengan kelulusan

Menteri, dan arahan tersebut boleh memperuntukkan cara dan tatacara bagi pembuatan pemberian, pinjaman atau bayaran lain daripada Tabung itu.

Report

Bahagian III

Kewangan

Schedules