Labuan Financial Services Authority Act 1996 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian III · Kewangan
Labuan Financial Services Authority Act 1996 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian III · Kewangan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Bagi maksud Akta ini, suatu kumpulan wang ditubuhkan yang hendaklah ditadbirkan dan dikawal oleh Lembaga.
Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—
apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan dari semasa ke semasa bagi maksud Akta ini oleh Parlimen;
jumlah wang yang dipinjam oleh Lembaga bagi maksud memenuhi mana-mana obligasinya atau menunaikan mana-mana kewajipannya;
levi yang kena dibayar di bawah seksyen 32;
fi, kos atau caj lain yang dikenakan oleh Lembaga di bawah
Akta ini atau undang-undang lain yang berhubungan dengan perkhidmatan kewangan luar pesisir;
apa-apa kompaun yang dibayar di bawah Akta ini atau undang-undang lain yang berhubungan dengan perkhidmatan kewangan luar pesisir;
kesemua wang yang dipungut oleh Lembaga bagi apa-apa penalti pentadbiran di bawah seksyen 36G atau di bawah undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual; dan
segala jumlah wang atau harta lain yang mungkin dengan apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada Lembaga berkenan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi dan kuasanya.
54 Undang-Undang Malaysia AKTA 545