Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English
Contents

Bahagian II · Lembaga

17A. Pemeliharaan kerahsiaan

(1)

Tiada anggota, pegawai, pekhidmat, ejen atau perunding

Lembaga atau orang yang dengan apa-apa cara mempunyai akses kepada apa-apa rekod, buku, daftar, surat-menyurat, dokumen, bahan atau maklumat, yang berhubungan dengan urusan dan hal ehwal

Lembaga dalam pelaksanaan tugasnya atau penjalanan fungsinya, boleh memberikan, memaparkan, mendedahkan, menyiarkan atau selainnya menzahirkan kepada mana-mana orang rekod, buku, daftar, surat-menyurat, dokumen, bahan atau maklumat itu melainkan jika dia secara sah dikehendaki untuk berbuat demikian oleh mana-mana mahkamah atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Report

Bahagian III

Kewangan

Schedules