Skip to content
In forceUpdated to 15 Oct 2022Read it in English

Bahagian XII

125. Tatacara pembatalan

Feedback & support
(1)

Sebelum membatalkan apa-apa lesen atau pendaftaran di bawah seksyen 124, Lembaga hendaklah—

(a)

memberikan notis bertulis kepada entiti berlesen itu mengenai alasan yang baginya Lembaga berniat untuk berbuat demikian;

(b)

memberi entiti berlesen itu peluang untuk membuat representasi bertulis kepadanya dalam tempoh tiga puluh hari selepas penerimaan notis itu; dan

(c)

menimbangkan representasi itu.

(2)

Jika Lembaga membatalkan apa-apa lesen atau pendaftaran di bawah seksyen 124, Lembaga hendaklah memberikan notis bertulis kepada entiti berlesen itu mengenai pembatalan itu dan pembatalan itu hendaklah berkuat kuasa pada tarikh yang dinyatakan dalam notis itu.

(3)

Jika pembatalan itu mengenai suatu lesen takaful atau lesen bank Islam, Lembaga hendaklah, dengan secepat yang dapat dilaksanakan, menyiarkan dalam satu akhbar yang diedarkan secara meluas di Malaysia dan satu akhbar kewangan antarabangsa suatu notis mengenai tiap-tiap pembatalan suatu lesen takaful atau lesen bank Islam, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah seksyen ini tetapi apa-apa kelengahan dalam menyiarkan notis itu atau kegagalan untuk menyiarkan notis itu tidaklah dengan apa-apa cara menyentuh kesahan pembatalan itu.

Report

Bahagian VII

Bahagian VII), atau pemiutang entiti berlesen itu, atau apa-apa ketidakteraturan serius lain, telah berlaku.

Schedules