Skip to content
In forceUpdated to 15 Oct 2022Read it in English

Bahagian XII

127. Akibat pembatalan dan penyerahan balik lesen

Feedback & support
(1)

Jika pembatalan sesuatu lesen atau pendaftaran di bawah seksyen 124 atau penyerahan balik lesen atau pendaftaran di bawah seksyen 126 telah berkuat kuasa, entiti berlesen itu hendaklah, mulai dari tarikh pembatalan atau penyerahan balik itu berkuat kuasa, terhenti untuk menjalankan apa-apa perniagaan selanjutnya.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), jika sesuatu entiti berlesen terus wujud sebagai suatu perbadanan selepas pembatalan atau penyerahan balik lesennya mula berkuat kuasa, Menteri boleh, atas syor Lembaga, memberi kuasa secara bertulis kepada entiti berlesen itu untuk terus menjalankan aktiviti perniagaannya pada apa-apa takat yang dan bagi apa-apa tempoh masa sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri dalam kebenaran itu bagi maksud penggulungan hal ehwalnya atau bagi maksud menjelaskan tuntutan pemunya polisinya, pelanggan lain atau pemiutang.

Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 141

(3)

Tiap-tiap entiti berlesen yang lesennya telah dibatalkan atau diserahkan balik hendaklah terus tertakluk pada peruntukan Akta ini selagi liabilitinya tidak dijelaskan atau tidak diperuntukkan selainnya.

Report

Bahagian VII

Bahagian VII), atau pemiutang entiti berlesen itu, atau apa-apa ketidakteraturan serius lain, telah berlaku.

Schedules