Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010 · Updated to 15 Oct 2022 · Bahagian XII
130. Penubuhan lembaga penasihat Syariah dalaman bagi pemegang lesen sekuriti Islam dan pengurus dana
Feedback & supportSetiap pemegang lesen sekuriti Islam dan, pengurus dana yang dikawal selia di bawah Bahagian IV, hendaklah melantik orang yang berkelayakan untuk menganggotai lembaga penasihat Syariah dalaman mereka masing-masing, dan hendaklah memberitahu Lembaga secara bertulis mengenai pelantikan itu.
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 147
Walau apa pun pelantikan di bawah subseksyen (1), Lembaga hendaklah mempunyai kuasa pada bila-bila masa selepas pelantikan itu untuk menghendaki mana-mana pemegang lesen sekuriti Islam atau, pengurus dana yang dikawal selia di bawah Bahagian IV, melalui pemberitahuan secara bertulis kepada pemegang lesen sekuriti Islam atau pengurus dana itu, untuk menggantikan mana-mana anggota lembaga penasihat Syariah dalaman pemegang lesen sekuriti Islam atau pengurus dana dengan seorang lain yang layak yang memuaskan hati Lembaga.
Penasihat Syariah bagi amanah Islam Labuan, yayasan Islam