Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010 · Updated to 15 Oct 2022 · Bahagian XII
133. Kajian semula pematuhan Syariah luaran
Feedback & supportSeseorang pemegang lesen bank Islam, pemegang lesen takaful, pemegang lesen sekuriti Islam dan, pengurus dana yang dikawal selia di bawah Bahagian IV, boleh mengambil kerja, selain lembaga penasihat Syariah dalamannya, seseorang yang berkelayakan untuk menjalankan suatu kajian semula luaran bagi perniagaan dan operasinya mengikut budi bicaranya sendiri bagi maksud menentukan sama ada perniagaan dan operasi itu mematuhi prinsip Syariah, dan pemegang lesen bank Islam, pemegang lesen takaful, pemegang lesen sekuriti Islam dan, pengurus dana yang dikawal selia di bawah Bahagian IV, dikehendaki untuk mengambil kerja orang berkelayakan itu untuk menjalankan kajian semula itu selepas dikehendaki untuk berbuat demikian oleh Lembaga melalui suatu arahan yang maksud sedemikian yang dikeluarkan kepada pemegang lesen bank Islam, pemegang lesen takaful, pemegang lesen sekuriti Islam dan, pengurus dana yang dikawal selia di bawah Bahagian IV.
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 149
Pemegang lesen bank Islam, pemegang lesen takaful, pemegang lesen sekuriti Islam dan, pengurus dana yang dikawal selia di bawah Bahagian IV, hendaklah menyerahkan suatu laporan yang mengandungi hasil kajian semula lembaga penasihat syariah dalaman yang disebut dalam subseksyen (1), sebagai sebahagian daripada pengemukaan penyata kewangan pemegang lesen bank Islam, pemegang lesen takaful, pemegang lesen bank Islam dan, pengurus dana yang dikawal selia di bawah Bahagian IV, kepada Lembaga di bawah Akta ini atau di bawah Akta yang berkaitan, mengikut mana-mana yang berkenaan.