Skip to content
In forceUpdated to 15 Oct 2022Read it in English

Bahagian XII

131. Labuan, perkongsian terhad Islam Labuan atau perkongsian liabiliti terhad Islam Labuan

Feedback & support
(1)

Pemegang amanah bagi amanah Islam Labuan di bawah

Akta ini hendaklah melantik seseorang berkelayakan sebagai penasihat Syariah, atau berunding dengan orang yang berkelayakan, untuk menasihati pemegang amanah itu tentang pengurusan dan operasi amanah Islam Labuan dan memastikan pematuhan dengan prinsip Syariah.

(2)

Pekongsi bagi perkongsian terhad Islam Labuan atau perkongsian liabiliti terhad Islam Labuan di bawah Akta ini hendaklah melantik seseorang yang berkelayakan sebagai penasihat

Syariah, atau berunding dengan seseorang yang berkelayakan, yang hendaklah menasihati perkongsian terhad Islam Labuan atau perkongsian liabiliti terhad Islam Labuan tentang pengurusan dan operasi perkongsian terhad Islam Labuan atau perkongsian liabiliti terhad Islam dan memastikan pematuhan prinsip Syariah.

(3)

Pegawai yayasan Islam Labuan di bawah Akta ini hendaklah melantik orang yang berkelayakan sebagai penasihat Syariah, atau berunding dengan orang yang berkelayakan, yang hendaklah menasihati yayasan Islam Labuan tentang pengurusan dan operasi yayasan Islam Labuan dan memastikan pematuhan prinsip Syariah.

(4)

Walau apa pun subseksyen (1), (2) dan (3), Lembaga hendaklah mempunyai kuasa pada bila-bila masa selepas apa-apa pelantikan seseorang penasihat Syariah dalamnya, menghendaki mana-mana amanah Labuan Islam, perkongsian terhad Islam Labuan atau perkongsian liabiliti terhad Islam Labuan atau yayasan Islam

Labuan, melalui pemberitahuan secara bertulis, untuk menggantikan penasihat Syariah dengan orang berkelayakan yang lain hingga memuaskan hati Lembaga.

Undang-Undang Malaysia 148

(5)

Walau apa pun subseksyen (1), (2) dan (3), Lembaga boleh menentukan bahawa penasihat Syariah suatu amanah Islam Labuan, perkongsian terhad Islam Labuan, perkongsian liabiliti terhad

Islam Labuan atau yayasan Islam Labuan untuk menjalankan suatu kajian semula pematuhan Syariah dalaman bagi perniagaan dan operasi amanah Islam Labuan, perkongsian terhad Islam Labuan, perkongsian liabiliti terhad Islam Labuan atau yayasan Islam

Labuan.

Report

Bahagian VII

Bahagian VII), atau pemiutang entiti berlesen itu, atau apa-apa ketidakteraturan serius lain, telah berlaku.

Schedules