Skip to content
In forceUpdated to 5 Sep 2022Read it in English

Bahagian V · Nasihat Guaman

29B. Pertikaian

Feedback & support
(1)

Mana-mana orang yang menjadi pihak kepada sesuatu pertikaian yang merupakan perkara atau boleh menjadi perkara atau yang berkaitan dengan mana-mana prosiding yang perihalnya dinyatakan dalam Jadual Ketiga boleh merujukkan pertikaian itu kepada pengantara.

(2)

Tanpa menjejaskan subseksyen (1), Ketua Pengarah boleh merujukkan kepada pengantara apa-apa pertikaian yang merupakan perkara atau boleh menjadi perkara atau yang berkaitan dengan mana-mana prosiding yang perihalnya dinyatakan dalam

Jadual Ketiga.

(3)

Sesuatu sidang pengantaraan boleh dimulakan atau diteruskan sama ada atau tidak pertikaian itu boleh menjadi hal perkara atau merupakan hal perkara di hadapan mana-mana mahkamah, tribunal atau badan.

32 Undang-Undang Malaysia AKTA 26

(4)

Orang yang dibantu boleh dianggap sebagai bertikai tentang apa-apa perkara jika dia atau mereka tidak bersetuju tentang perkara itu sama ada atau tidak apa-apa perundingan yang berkaitan dengannya sedang dijalankan.

Report