Skip to content
In forceUpdated to 5 Sep 2022Read it in English

Bahagian V · Nasihat Guaman

29H. Kelayakan bagi khidmat pendamping guaman

Feedback & support
(1)

Mana-mana orang layak untuk membuat permohonan kepada Ketua Pengarah Bantuan Guaman bagi khidmat pendamping guaman jika—

(a)

dia ialah seorang kanak-kanak yang menjadi mangsa mana-mana kesalahan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual

Kelima; dan

(b)

dia masih seorang kanak-kanak pada masa prosiding dimulakan di mahkamah.

34 Undang-Undang Malaysia AKTA 26

(2)

Ketua Pengarah Bantuan Guaman boleh memberikan suatu perakuan bantuan guaman kepada seseorang pemohon yang berhak di bawah Bahagian ini kepada khidmat pendamping guaman apabila dia berpuas hati bahawa pemohon itu telah memenuhi kehendak dalam subseksyen (1).

(3)

Mana-mana orang yang diberikan perakuan bantuan guaman di bawah subseksyen (2) boleh dikehendaki untuk membayar kepada

Ketua Pengarah Bantuan Guaman suatu sumbangan bagi suatu jumlah wang sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri.

(4)

Sumbangan yang dibayar di bawah subseksyen (3) hendaklah dibelanjakan bagi maksud mentadbir khidmat bantuan guaman.

Report