Skip to content
In forceUpdated to 5 Sep 2022Read it in English

Bahagian V · Nasihat Guaman

29I. Khidmat pendamping guaman

Feedback & support
(1)

Khidmat pendamping guaman boleh diberi bagi maksud yang berikut:

(a)

untuk menasihati penjaga, atau pelindung orang yang dibantu yang dibenarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis mengenai perkara undang-undang;

(b)

untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan yang berhubungan dengan pertuduhan terhadap mana-mana orang tertuduh dalam mana-mana prosiding jenayah yang orang yang dibantu merupakan mangsa;

(c)

untuk mendampingi orang yang dibantu dalam mana-mana prosiding di mahkamah, dan dengan kebenaran mahkamah, untuk bercakap bagi pihak orang yang dibantu, jika perlu;

dan

(d)

untuk menasihati penjaga, atau pelindung orang yang dibantu yang dibenarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis mengenai apa-apa perkara yang berhubungan dengan

Bantuan Guaman 35

apa-apa tindakan sivil yang boleh dibawa atau dimulakan oleh orang yang dibantu, jika ada.

(2)

Ketua Pengarah Bantuan Guaman boleh pada bila-bila masa memberhentikan khidmat pendamping guaman yang diberi kepada orang yang dibantu.

Report

Bahagian VI

Schedules