Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2012Read it in English

Bahagian XV · Kadar dan Nilaian

130. Asas taksiran kadar

Feedback & support
(1)

Apa-apa kadar atau kadar-kadar yang dikenakan di bawah

Bahagian ini boleh ditaksirkan atas nilai tahunan pegangan atau atas nilai tambah pegangan sebagaimana yang ditetapkan oleh Pihak

Berkuasa Negeri.

(2)

Jika sesuatu kadar atau kadar-kadar ditaksirkan atas nilai tahunan pegangan kadar atau kadar-kadar itu hendaklah tidak boleh lebih daripada—

(a)

tiga puluh lima peratus dari nilai tahunan, iaitu mengenai kadar yang dikenakan di bawah seksyen 127;

(b)

(Dipotong oleh Akta A865);

(c)

lima peratus dari nilai tahunan, iaitu mengenai kadar yang dikenakan di bawah seksyen 132.

Kerajaan Tempatan 101

(3)

Jika sesuatu kadar atau kadar-kadar ditaksirkan atas nilai tambah pegangan, kadar atau kadar-kadar itu hendaklah tidak boleh lebih daripada—

(a)

lima peratus dari nilai tambah, iaitu mengenai kadar yang dikenakan di bawah seksyen 127;

(b)

(Dipotong oleh Akta A865);

(c)

satu peratus dari nilai tambah, iaitu mengenai kadar yang dikenakan di bawah seksyen 132.

Report

Bahagian XVI

Peruntukan Khas

Schedules