Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2012Read it in English

Bahagian XV · Kadar dan Nilaian

141. Notis mengenai Senarai Nilaian baru hendaklah disiarkan

Feedback & support
(1)

Jika sesuatu Senarai Nilaian telah disediakan atau diterima serta dipakai di bawah seksyen 137 pihak berkuasa tempatan hendaklah memberi notis mengenainya dan mengenai tempat di mana

Senarai Nilaian atau salinannya boleh diperiksa dalam Warta dan melalui iklan dalam dua surat khabar tempatan sekurang-kurangnya satu daripadanya ialah dalam bahasa kebangsaan.

(2)

Seseorang yang mengaku sebagai sama ada pemunya atau penduduk sesuatu pegangan yang termasuk dalam Senarai Nilaian atau sebagai ejen mana-mana orang itu boleh memeriksa Senarai

Nilaian itu dan membuat cabutan daripadanya tanpa bayaran.

(3)

Pihak berkuasa tempatan hendaklah memberi notis dengan cara yang sama mengenai hari yang tidak kurang daripada empat puluh dua hari dari tarikh pemberitahuan itu dalam Warta bila pihak

Kerajaan Tempatan 105

berkuasa tempatan akan bertindak menyemak Senarai Nilaian dan mengenai semua hal dalam mana sesuatu pegangan adalah pada kali pertama dinilai atau nilaian atasnya telah bertambah, pihak berkuasa tempatan hendaklah juga memberi notis kepada pemunya atau penduduknya.

Report

Bahagian XVI

Peruntukan Khas

Schedules