Akta Kerajaan Tempatan 1976 · Updated to 1 Dec 2012 · Bahagian XV · Kadar dan Nilaian
143. Mengesahkan Senarai Nilaian baru
Feedback & supportPada atau sebelum 31 Disember dalam tahun sebelum sahaja tahun dalam mana sesuatu Senarai Nilaian akan mula berkuat kuasa, pihak berkuasa tempatan hendaklah, dengan kelulusan Pihak
Berkuasa Negeri, mengesahkan Senarai Nilaian itu dengan atau tanpa apa-apa pindaan atau perubahan dan Senarai Nilaian yang disahkan sedemikian hendaklah disifatkan sebagai Senarai Nilaian sehingga suatu masa ia digantikan dengan suatu Senarai Nilaian lain.
Senarai Nilaian yang disahkan yang tersebut dalam subseksyen
hendaklah disimpan di pejabat pihak berkuasa tempatan dan hendaklah terbuka di situ untuk diperiksa dalam waktu pejabat oleh semua pemunya dan penduduk pegangan yang terkandung di dalamnya, dan suatu notis yang ia terbuka sedemikian untuk diperiksa menyatakan tempat pemeriksaan hendaklah disiarkan dengan segera.
Pihak berkuasa tempatan tidak boleh dikehendaki mendengar dan memutuskan segala bantahan terhadap Senarai Nilaian sebelum mengesahkan Senarai Nilaian itu mengikut subseksyen (1), dan jika sesuatu bantahan tidak didengar dan diputuskan sebelum Senarai
Nilaian itu disahkan bantahan itu hendaklah didengar dan diputuskan dengan seberapa segera kemudian daripadanya dan dengan akibat yang sama seolah-olah bantahan itu telah didengar dan diputuskan sebelum Senarai Nilaian itu telah disahkan sedemikian, dan sehingga bantahan itu telah didengar dan diputuskan kenaikan tentang nilaian atau nilaian baru yang dibantah itu hendaklah jangan disifatkan sebagai berkuat kuasa dan kadar yang lama hendaklah masih kena dibayar.