Akta Kerajaan Tempatan 1976 · Updated to 1 Dec 2012 · Bahagian XV · Kadar dan Nilaian
135. Pengecualian atau pengurangan kadar
Feedback & supportApabila sesuatu pegangan atau sesuatu bahagian daripadanya digunakan semata-mata bagi maksud rekreasi, sosial atau kebajikan, dan bukan untuk mendapat keuntungan wang Pihak Berkuasa Negeri boleh, menurut budi bicaranya, mengecualikan pegangan atau bahagian pegangan itu daripada pembayaran semua atau mana-mana kadar atau boleh mengurangkan apa-apa kadar yang dikenakan ke atas pegangan atau bahagian pegangan itu.