Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2012Read it in English

Bahagian XV · Kadar dan Nilaian

137. Menyediakan Senarai Nilaian

Feedback & support
(1)

Pihak berkuasa tempatan hendaklah menyebabkan suatu

Senarai Nilaian bagi segala pegangan yang tidak dikecualikan daripada pembayaran kadar disediakan mengandungi—

(a)

nama jalan atau tempat di mana pegangan itu terletak;

Kerajaan Tempatan 103

(b)

perihal pegangan itu sama ada dengan nama atau nombor yang cukup untuk mengenalinya;

(c)

nama pemunya dan penduduknya, jika diketahui;

(d)

nilai tahunan atau nilai tambah pegangan itu.

(2)

Senarai Nilaian itu bersama dengan pindaan yang dibuat di bawah seksyen 144 hendaklah terus lagi berkuat kuasa sehingga ia digantikan dengan suatu Senarai Nilaian baru.

(3)

Sesuatu Senarai Nilaian baru yang mengandungi butir-butir yang sama seperti dalam subseksyen (1) hendaklah disediakan dan disiapkan sekali tiap-tiap lima tahun atau dalam tempoh yang dilanjutkan sebagaimana ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri.

Report

Bahagian XVI

Peruntukan Khas

Schedules