Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2012Read it in English

Bahagian XV · Kadar dan Nilaian

140. Penyata boleh dikehendaki

Feedback & support
(1)

Untuk membolehkan pihak berkuasa tempatan mentaksirkan nilai pegangan yang kena ditaksirkan, pihak berkuasa tempatan boleh menghendaki pemunya atau penduduknya memberi penyata mengenai luasnya, tempat letaknya, kualiti, guna dan sewanya dan memberi segala maklumat yang perlu untuk menyediakan Senarai

Nilaian atau pun bagi maksud nilaian itu, dan bagi maksud yang

104 Undang-Undang Malaysia AKTA 171

serupa pihak berkuasa tempatan atau seseorang yang dilantik olehnya bagi maksud itu boleh, pada bila-bila masa memasuki dan memeriksa dan, jika perlu, mengukurnya.

(2)

Seseorang yang—

(a)

enggan atau tidak memberi penyata atau maklumat itu dalam tempoh dua minggu dari tarikh diterima notis menghendakinya berbuat demikian;

(b)

dengan diketahuinya membuat suatu penyata palsu atau tidak betul atau memberi suatu maklumat palsu atau tidak betul;

(c)

merintangi, menghalang atau menahan pihak berkuasa tempatan atau seseorang yang dilantik olehnya daripada memasuki, memeriksa atau mengukur mana-mana pegangan itu, boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Report

Bahagian XVI

Peruntukan Khas

Schedules