Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007 · Updated to 1 Oct 2023 · Bab 2
11B. Kuasa dan tugas Ketua Pegawai Eksekutif
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Suruhanjaya hendaklah meletak hak pada Ketua Pegawai
Eksekutif mana-mana kuasa dan mengenakan kepadanya apa-apa tugas sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah bertindak di bawah kuasa dan arahan am Lembaga yang hendaklah selaras dengan Akta ini.
Ketua Pegawai Eksekutif tidak boleh memutuskan mengenai perkara dasar dan hala tuju strategik Suruhanjaya tanpa kelulusan
Lembaga.
Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah—
bertanggungjawab bagi keseluruhan pentadbiran dan pengurusan fungsi, aktiviti dan hal ehwal harian
Suruhanjaya mengikut dasar yang ditetapkan oleh
Suruhanjaya;
menjalankan pengawalseliaan dan kawalan ke atas semua pegawai dan pekerja Suruhanjaya; dan
melaksanakan apa-apa tugas lain dan menunaikan apa-apa tanggungjawab lain sebagaimana yang ditentukan atau diarahkan oleh Lembaga dari semasa ke semasa.
Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah dengan semunasabahnya berhati-hati, mahir, berusaha dan menggunakan pertimbangan yang wajar dalam menjalankan kewajipannya di bawah Akta ini.
Ketua Pegawai Eksekutif disifatkan telah menggunakan pertimbangan wajar yang disebut dalam subseksyen (5) jika dia—
membuat pertimbangan itu dengan suci hati bagi maksud yang wajar;
Suruhanjaya Koperasi Malaysia 21
tidak mempunyai kepentingan peribadi yang material dalam hal perkara pertimbangan itu;
telah dimaklumkan tentang hal perkara pertimbangan itu pada takat yang dipercayainya secara munasabah adalah patut mengikut hal keadaan itu; dan
semunasabahnya mempercayai bahawa pertimbangan itu adalah untuk kepentingan terbaik
Kerajaan dan
Suruhanjaya.
Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah melaksanakan apa-apa tugas lain yang boleh diarahkan oleh Lembaga dari semasa ke semasa.
Bahagian III
Kuasa Suruhanjaya
Bahagian IV
Peruntukan yang Berhubungan Dengan Pegawai dan Pekerja
Bahagian V
Kewangan
Bab 3
Bahagian VI