Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2023Read it in English
Contents

Bab 2

12. Undang-undang kecil Lembaga

(1)

Lembaga boleh membuat apa-apa undang-undang kecil sebagaimana yang perlu atau suai manfaat berhubung dengan pentadbiran, pengurusan, kawalan, urusan, aset dan hal ehwal

Suruhanjaya termasuklah—

(a)

fungsi, kuasa, tugas, saraan, elaun, honorarium, faedah dan terma dan syarat-syarat perkhidmatan, tatakelakuan atau surcaj ke atas pegawai, pekerja, ejen dan perunding

Suruhanjaya;

Suruhanjaya Koperasi Malaysia 23

(b)

percanggahan kepentingan berkenaan dengan pengarah, pegawai dan pekerja Suruhanjaya;

(c)

pelantikan, terma rujukan dan aktiviti ejen, perunding atau jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Suruhanjaya;

(d)

kaedah dan tatacara yang hendaklah dipatuhi oleh pengarah dalam mesyuarat Lembaga; atau

(e)

perkara-perkara lain sebagaimana yang dikehendaki untuk diperuntukkan di bawah undang-undang kecil dalam Akta ini.

(2)

Undang-undang kecil yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah mengikat semua orang yang undang-undang kecil itu terpakai dan tiada seorang pun boleh disabitkan dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini, melainkan jika undang-undang kecil itu telah diberikan kepadanya atau dia mengetahuinya, atau mengelak daripada untuk mengetahui undang-undang kecil yang diberikan.

Report

Bahagian III

Kuasa Suruhanjaya

Bahagian IV

Peruntukan yang Berhubungan Dengan Pegawai dan Pekerja

Bahagian V

Kewangan

Bab 3

Bahagian VI

Penyiasatan, Penggeledahan dan Penyitaan

Bahagian VII